Thursday, 11 July 2013

result P2 yang sangat sangat and sangat teruk.

Assalamualaikum..
Morning. Salam Ramadan And Salam Jumaat. 
Today ada hari pelaporan kat sekolah . And disebabkan itu aku ponteng sekolah. 
Baguss kan? 
Result aku sangat teruk. Aku sendiri tak senggup nak tengok. Ni kan pulak aku nak bagi umi and abah tgk.
All subjek sains tulen aku failed included add math. Maybe salah satu faktornya aku tak tuisyen kot. 
*Ahye kau ni falihah, budak asrama tak tuisyen elok je dye orang dapat lulus.* 
Tak tuisyen bukan alasan untuk tak berjaya.
So, tahun depan aku kena cover balik subjek2 form 4 ni.
End year 2013 ni aku kena study hard. No more twitter , facebook and etc.
Kalau nak berjaya kena start from now.



EFFORT IS THE LADDER OF SUCCEESS.

Thursday, 6 June 2013

6 JUN ❤

hello every one. Miss me? hahaha..
Today is a happyyyy day. You know what? It's my BIRTHDAY!
Oh, i'm too old enough. Hello, aku baru je 16 tahun. 
Ha! Btw, aku baru dapat tahu yang Irine Nadia dah selamat lahirkan anak nya. 
She's got baby girl. Tahniah! Mesti comel.  >.< 
Eh , bererti anak Irine Nadia sama birthday dengan aku la kan? Hai baby girl~ Welcome to the world!

Aku ingat abah lupa birthday aku hari ni. Umi cerita kat aku yang abah wish birthday dekat adik aku bukan aku. Ketawa sakan lah aku bila dengar cerita umi aku tu. Hahaha. Lepas abah makan tengah hari tadi, dia terus pergi dekat aku sambil nyanyi lagu 'happy birthday' . Terharu aku. Yang lagi terharu nya, abah aku nyanyi lagu sambil usap kepala aku. Then siap baca doa untuk aku lagi. Oh, abah. I love you! 



Then, hari Israk Mikraj pun jatuh pada 6 Jun. Salam Israk Mikraj.
 Dan, hari ni aku raya! *Huh? Puasa pon belum lagi dah raya? * Allah bagi keistimewaan pada orang perempuan. That's why lah orang perempuan puasa selalu tak cukup. So kaum adam sekalian haruslah bersyukur sebab lelaki dapat menyempurnakan ibadah puasa dengan sempurna. Tapi kaum hawa? Puasa seminggu dua, dah Allah bagi cuti. That's why lah orang perempuan wajib ganti puasa. Macam aku baru hari ni habis ganti. Hari ni hari khamis. Puasa sunat sekali. Kan dapat pahala. Senang je kan dapat pahala. Nak dapat dosa pun senang jugak. >.<


So, hari ni umi cakap umi nak masak special untuk aku berbuka karang. Hari ni kan birthday aku dan hari ni kan aku raya. Makan sedap lah aku hari ni.

P/s : Bila dapat makan, bahagianya. :D  Bila berat badan naik, bencinya.  >.<

Wednesday, 5 June 2013

Bye Kawan :'(

Hye dude! What's up? $______$
Aku sebagai orang Islam kena ikut cara yang betul. Kan kan?
*apa yang betulnya?* Bagi salam ler.
Assalamualaikum evelione!
Ha!  baru betul.  >.<

Back to the title. Apa yang bye nya? Ha! Lek lu. Slow slow k. ;) 
Lahai~ macam mana nak start citer ek?
Ha! citer nya macam ni...................
Aku ada kenal seorang hamba Allah ni. Baru je lagi kenalnya. Tak sampai setahun pon.
Korang teka aku kenal dia kat mana? Ha! teka lah, teka lah..
Sah sah lah aku kenal dia kat Facebook. Mana lagi laman sosial yang senang dapat kawan, dapat jodoh, dapat aweks. Erk?  *keluar dah merapu nya* --' Yang lagi aku tak sangka nya, orang yang jadi kawan aku ni rupanya pernah satu sekolah dengan aku. Tapi dia ni tua 2 tahun daripada aku. Kiranya dia ni senior aku lah. Tapi ada satu perkara yang aku tak sangka bila berkawan dengan dia. Aku boleh layan dia macam mana aku layan kawan yang aku dah kenal bertahun tahu. Tapi dia, aku baru kenal tak sampai 6 bulan. Hahaha.. Sama ada aku yang cepat percayakan orang yang aku tak kenal atau dia yang terlalu baik.

Senang citer, best lah kawan dengan dia ni. Dia selalu suruh aku gi solat kalau dah masuk waktu solat.
Baik kan kan? Dalam tempoh aku kenal dia ni aku berjaya memberi gelaran pada dia iaitu GEDIK. Gedik? Asal? Sebab dia tu kuat merajuk. Aku ni dah la tak reti pujuk orang, tibe je dia tu nak merajuk. Last2 aku label dia gedik. Kejam kan? *sangat kejam* Eh, tapi kan okey lagi aku label dia gedik. Korang tau tak, dye label aku apa? Dye label aku PONTIANAK! Marah la. >.< Tak pasal2 aku dilabel sebegit rupa.  :(  hahaha..Waktu mula2 aku kenal dia kite orang selalu gaduh. Macam anjing dengan kucing. Tapi tak de la gaduh over sangat. Perang mulut je dengan dia tu. Setelah beberapa bulan kita orang bergadoh, last2 kita orang ambil keputusan untuk berdamai. :D Bila dah berdamai, dia pulak nak tinggal kan aku. Ye la, dia tu dah 18 tahun. Sambung belajar la. Kalau tak salah dia cakap dekat aku dia dapat Darul Quran (DQ). Tapi tak tahu kat mana. Result SPM (2012) dia okey. Dia dapat 7A. Hari ni 5 Jun 2013 dia dah pergi sambung belajar. Tak pe lah. Aku hanya mampu doakan dia dari jauh supaya berjaya di dunia dan akhirat

P/s : esok, esok, esok  6 Jun. Alhamdulillah. Tua dah aku. hakhakhak..

Evelibadi, I'm Back!

Tarik nafas, lepas.  Tarik nafas, lepas.
Okey. Hai evelibadi! eh, silap. Assalamualaikum.
lama aku menyepi dari blog. busy la katakan. * busy la sangat :P *
wokeyh.. wokeyh..
aku menyepi sebab mencari identiti aku. *ceh konon --' *
tak de lah sebenarnya menyepi sebab ada exam.
selepas aku melakukan aktiviti giler aku iaitu blogwalking, aku jadi giler. giler? giler nak menaip la.
*________________*

Aku just tengok dua blog je.Blog yang cukup famous. Tipu la kalau cakap para2 blogger sekalian tak kenal blogger famous ni. First blog yang aku tengok ialah Dena Bahrin. sapa tak kenal Dena. Famous giler kot. Dah la kahwin awal. Then, dapat pulak anak yang super duper comel. I'm getting jello with her. Dena aktif blog since form 4 lagi. Eh jap! bukan aku pon form 4 jugak ke? hehehehe.. Tapi ada satu benda yang aku suka tentang Dena ni. Dia berfesyen tapi still tutup aurat. Itu yang aku suka tentang Dena ni. She's awesome and great.

*Dena Bahrin

Then aku teruskan sesi penjelajahan blog. Second blog yang aku tengok ialah Irine Nadia. Dia comel. Sekarang she's pregnant. Tahu tak? Irine dia jumpa husband dia kat Facebook. Kiranya kisah cinta dia orang ala2 cinta muka buku la.. Ha! Irine ni sama je macam Dena. Aktif blog since form 4. Irine ni pon kahwin awal jugak. Sekarang umur dia kalau tak salah 21 tahun. Macam Dena.

*Irine Nadia


Dah la. Kering idea dowh! Tak tahu nak tulis apa lagi. 

p/s : lapar la. *mengharapkan makanan jatuh dari langit*.

Friday, 26 April 2013

BERCINTA KERANA ALLAH S.W.T


Assalamualaikum.
disebabkn ramai yg suka post LOVE AFTER NIKAH,  sye dgn baik hatinya share post yg terbaru ni kat korang semua. tadi ada terbaca satu blog ni. citer ni tersangat la kelakar nya.  so, selamat membaca dn moga2 lps baca ni korang ada niat nk bercinta lps kahwin. no couple2.  hakhakhak...


Isnin (MULA2 BERKENALAN di Stesen KTM)

Mamat : Assalamualaikum.. Hai awak, saya nak berkenalan dengan awak boleh tak..?

Minah : Waa’laikumussalam.. Boleh, tapi kene jumpa mak bapak aku dulu.. Minta izin.. Kalau mak  bapak aku bagi, aku on je..

Mamat : Waaa.. Boleh tahan ek awak ni.. Ok saya jumpa mak bapak awak.. Bagi alamat rumah awak..

Minah : Ni i/c aku, cepat la salin alamat aku..

Mamat : Tangan menyalin sambil tersenyum2 (dalam hati : Ceh malas betul punya minah.. Takpe2.. Waa nama NURUL IMAN.. Lembut je nama tapi perangai brutal tol..)

Selasa (SAAT SI MAMAT JUMPA MAK BAPAK SI MINAH)

Mamat : Assalamulaikum pak cik mak cik.. Sihat..?

Pak cik & Mak cik : Waa’laikumussalam.. Alhamdulillah kami sihat.. Tapi, anak ni siape..?

Mamat : Saya MOHD AIMAN.. Saya datang jumpa makcik dengan pakcik ni sebab nak mintak izin nak berkenalan dengan anak pakcik yang bernama NURUL IMAN..

Pak cik : Alhamdulillah.. Ade lagi pemuda yang gentleman macam kamu ni lagi ye zaman sekarang.. Sebenarnye, kamu la pemuda anyg pertama datang mintak izin sebelum nak berkenalan dengan anak pak cik NURUL IMAN tu..

Mamat : (Dalam hati : Waaa bangge aku sebagai seorang lelaki sejati..)

Mak cik : Sebelum2 ni tak de siape yang berani datang.. katenye si NURUL IMAN tu garang sangat orang nye.. Sebenarnya tak.. Si NURUL IMAN tu orang nye lembut sangat, sopan, budi bahasa, rajin dan agama nye pun baik..

Mamat : Sambil angguk2 dan tersenyum2 mendengar cerita mak bapak minah (Dalam hati : Ceh.. Lembut ke..? Sopan ke..? Budi bahasa ke..? Takde gaye langsung.. Takpe2.. Wait and see minah..)

Pakcik : Pak cik izinkan anak berkenalan dengan anak pakcik NURUL IMAN…

Mamat : Terima kasih pak cik mak cik..

Rabu (BILA DAH DAPAT KEIZINAN..)

Mamat : Awak parents awak dah izinkan saya berkenalan dengan awak..

Minah : So what..? Ade aku kisah..

Mamat : Tersenyum dalam kebengangan (Dalam hati : Eh2.. Sabar hati.. Sabar…)

Minah : Wei aku nak jumpa mak bapak ko pulak.. Ni fon aku, ko salin kan alamat ko.. Pastu save message..

Mamat : Awak nak wat pe jumpa ibu ayah saya..? (Sambil tangan laju menaip alamat umah dan save message)

Minah : Yang ko sibuk kenape..? Macam mak nenek.. Banyak tanye.. Esok ko jangan ade dekat umah dari jam 11 a.m sampai jam 12 p.m, ko merayap la kemane2 pun… Kalau ade gak kat umah, aku bakar ko hidup2 depan mak bapak ko.. Paham..?

Mamat : Ok2.. Awak, saya nak no. tepon awak..? Mane lah tau kalau rindu2 nanti boleh calling2..

Minah : Ooiiitt.. Geli aku.. Rindu2 ingat aku ni bini ko ke..? Nak termuntah aku dengar.. Ko call je 999 mintak no. tepon aku kat dorang.. Kompem dapat.. Dapat pelempang.. Hahahahaha..

Mamat : Senyum je la (Dalam hati : Eieieieieieieieieeieiieieie… Geram nye aku.. Takpe2.. Sabar hati.. Sabar)

Khamis ( APABILA MAMAT BALIK KERUMAH SELEPAS JAM 12 pm)

>Ibu : MOHD AIMAN.. Sampai hati senyap2 ye.. Tak nak kongsi langsung kat ibu ngan ayah ye..
Mamat : Apa ibu cakap ni..? Aiman tak paham la.. (Dalam kepale sambil memikir apa sebenarnye telah terjadi)

>Ayah : MOHD AIMAN.. Jangan nak main nyorok2 lah kami dah tau.. Tadi jam 11, GIRLFRIEND kamu datang.. Ayah berkenan lah kalau dia jadi menantu ayah..
Ibu : Ibu pun setuju.. Cantik, sopan, budi bahasa, pandai masak, pandai amik hati orang tua.. Seronok ibu kalau dapat menantu yang boleh jadi kawan ibu.. Kalau kami masuk meminang NURUL IMAN minggu depan cane MOHD AIMAN.. Kamu setuju..?

Mamat : Kalau ayah dengan ibu setuju dan suka, terus kan je la niat nak masuk minang NURUL IMAN tu… (dalam kebingungan : Sejak bile pulak aku ade GF ni.. GIRLFRIEND yang dicakapkan oleh ayah dan ibu adalah minah a.k.a NURUL IMAN.. peerrrrrr.. Gila la aku dah lah tak kenal sape minah tu.. Brutal pulak tu tetibe je ibu ayah nak wat menantu.. Tak pe.. Jalan je.. Ade sesuatu kat NURUL IMAN tu sampai ibu dengan ayah pun suka.. Hihihi)

Jumaat (HALAL & HARAM)

Mamat : Awak, minggu depan ibu ayah saya nak masuk meminang awak.. Takpe ke awak..?

Minah : Ko setuju ke mak bapak ko minang aku..?

Mamat : Setuju

Minah : Dah ko setuju, wat pe tanye aku lagi.. Ape la.. Cume aku nak kalau kite bertunang aku cume nak barang hantaran telekung, sejadah dan al – quran yang ko khatam kan je.. Duit hantaran ikut suke ko nak bagi berape.. Aku tak kisah.. 10 sen pun aku terima.. Pastu 2 minggu je bertunang dan pastu kawin.. Dah kite tutup kes ni..

Mamat : Amboi dasyat tol awak ni.. Awak ni garang la tapi sweettt..(Sambil tangan mamat nak pegang tangan minah)

Minah : Oooiiittttttttt setan.. Kuar la ko dari badan mamat ni.. Ko tau tak HARAM sentuh orang yang bukan mahram selagi ko tak lafaz “AKU TERIMA NIKAHNYA” selagi tu ko HARAM nak sentuh aku.. Ko ade wudu’ tak..?

Mamat : Takde.. Nak wat pe..?

Minah : Ko g amik sekarang.. Cepat la..

Mamat : Merungut dalam hati sambil kaki melangkah mencari paip untuk berwudu’ (eiei minah ni cube la cakap sopan sikit ngan aku.. Garang macam singe.. Singe pun tak macam dia..)

SEKEMBALI MAMAT DARI MENGAMBIL WUDU’

Mamat : Awak, saya dah amik wudu’.. Awak nak saya buat ape..?

Minah : Diam la.. Banyak bunyi la ko ni.. Nah amik ni AL-QURAN.. Ni HALAL untuk ko pegang 24 jam pun, cium, pelok pun boleh.. Pahale bergande 1000x kalau ko bace.. Ha… Aku nak ko hafaz juzu’ 30.. Minggu depan kita tunang aku tau ko da hafaz semua surah dalam juzu’ 30 tu..

Jumaat (SEMINGGU SELEPAS BERTUNANG)

Mamat : Awak ape kate kite tukar panggilan.. Saya panggil awak SAYANG dan awak panggil saya ABANG..

Minah : Ooiiiittt.. Geli aku nak panggil ko abang.. ABANG tu hanya SUAMI aku je.. Ko tu bukan suami aku lagi.. Baru tunang nak gempak2.. Bla la wei… Ha daripada ko dok ngarot yang bukan2, ko da hafaz lom juzu’ 30..?

Mamat : Emmmmmmm.. Dah2.. Nape..?

Minah : Ha.. Ha cube bace kat aku ape yang ko hafaz..

Mamat : (Dengan mulai dengan surah al – fatihah dan seterusnye membace semua surah juzu’ 30 tu sampai habis..)

Minah : Alhamdulillah.. Pas ni ko bace pulak makne2 surah dalam juzu’ amma tu.. Minggu depan aku nak dengar ko bercerite depan aku…

Mamat : Daa macam peserte pertandingan hafazan dan bercerite pulak (Cakap dalam nada slow)

Minah : Ooiitt ko kutuk aku ek..? Takpe2..

Mamat : Mane ade.. Awak memang cantik comel..

Minah : Dah2.. Jangan nak cakap lagi.. Aku tau dah aku memang cantik comel.. Sebab tu ko soh mak bapak ko minang aku kan..?

Mamat : Tersenyum (Dalam hati : Ceh masuk troli sorong sendiri la weii..)

Jumaat (2 MINGGU SELEPAS BERTUNANG)

Mamat : Awak2.. Awak tak rase ke apa yang saye rase..? Saye rase macam ade sesuatu yang indah antara kite berdua la.. Setiap kali ingat awak mesti terase yang awak dekat sangat dalam hati saya..

Minah : Ooiitt yang ko nak berjiwang karat sangat ni nape..? Bengkak telinge aku dengar.. Ko ingat ko berjiwang2 ni aku cair ngan ko.. Jangan harap la weii.. Dah2.. Sekarang ko cerita kan dekat aku kisah2 dalam juzu’ amma tu..

Mamat : (Dalam hati : Dia ni memang takde perasaan langsung.. Baru nak jiwang2 dah tak boleh.. Takpe.. Sabar hati.. Sabar..)

Minah : Ooiitt berangan plak.. Aku soh cerite bukan berangan.. Cepat la cite aku nak dengar..

Mamat : Sabar la.. Ngah susun ayat ni.. (Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.. Dia memulakan kisah dari 1 surah ke surah yang lain hingga khatam dalam juzu’ amma tu)

Minah : Alhamdulillah.. Minggu depan kita nikah.. Aku nak sehari sebelum kite nikah ko wat qiamulllaill.. Allah tu Maha Melihat.. Kalau ko tak wat, ko tunggu la mase ko lafaz aku terime nikahnya mesti ko tersangkot2..

Mamat : Taknak la la sy.. Malu la tersangkut2.. Ok2.. InsyaAllah saya wat..

Minah : Tau pulak malu.. Ok.. Lagi 1, hari nikah tu aku nak ko senyum je sepanjang majlis.. Tak kisah la waktu tu ko sedih ke kecewa ke.. Yang aku nak tengok, ko senyum je.. Paham..?

Mamat : Faham.. Awak saya teringin nak tengok awak senyum.. Senyum la awak.. Mesti manis.. Selalu tengok muke garang awak je.. Senyum la sikit wak..

Minah : Ade.. Ade aku kisah.. Tak boleh.. Kalau nak tengok sangat aku senyum, tunggu hari kite nikah nanti.. Mesti ko tak boleh tidur lepas tengok senyuman aku yang menggoda sangat ni tau.. Hahahahahahahaha..

Mamat : Emmmmmm.. Yelaaaaa..

Jumaat (HARI PERNIKAHAN)

Mamat : Dengan sekali lafaz.. “AKU TERIMA NIKAHNYA NURUL IMAN BINTI ISHAK DENGAN MAS KAWIN 80 RINGGIT TUNAI..”

Tok kadi : Sah3..

Minah : Alhamdulillah (Terus dia sujud syukur tanpa menghiraukan orang sekeliling dia)

(SAAT MEMBATALKAN AIR SEMBAHYANG)

Minah : Terima kasih ABANG kerana sudi mengambil NURUL IMAN sebagai isteri abang. Bimbinglah AYANG menjadi isteri yang solehah..(Sambil tangan terketar-ketar tok salam dan cium tangan suci suaminya)

Mamat : Subhanallah.. Terima kasih SAYANG sudi terima ABANG sebagai suami mu.. (sambil mengucup dahi isteri tercinta)

(MALAM PERTAMA)

Mamat : Sayang , abang tak sangka pulak rasenye belum sebulan kite kenal.. Tetibe je dah kawin.. Ajaib betul..

Minah : Tu namanye jodoh.. Kekuasaan Allah bang.. Kite hanya merancang tapi Allah juga yang menentukan segalenya..

Mamat : Sayang boleh abang tanye sesuatu..?

Minah : Tanya la abang,. (Dengan nada suara yang manje)

Mamat : Nape sayang dulu garang sangat ngan abang..? Tapi bile dengan orang tua abang n orang tua sayang cakap sopan..?

Minah : Maafkan sayang abang.. Ayang bukan sengaje nak berkasar dengan abang.. Ayang wat semua tu sebab nak uji sama ada abang sabar tak dengan karenah ayang.. Ayang nak abang terima ayang dengan seadanya.. Sebab sayang taknak kite hilang kemanisan cinta selepas berkawin gare2 abang dah sentuh ayang sebelum kawin.. Ni sekarang kite dah kawin.. Ayang milik abang.. Abang boleh sentuh ayang tanpa kene sound ngan ayang lagi.. Hihihi.. Abang nape abang kawin dengan ayang..?

Mamat : Subhanallah… Terima kasih sayang ku kerana menjaga batasan kita selama ini.. Abang pilih sayang kerana Allah.. Lepas abang wat qiamullail yang sayang suruh wat sehari sebelum nikah baru la abang dapat jawapan bagi perasaan yang tersembunyi antara kita berdua iaitu perasaan cinta.. I LOVE U SAYANG.. Waktu tu juga abang baru sedar ape hikmah nye kenape sayang suruh abang menghafal juzu’ amma dan membace terjemahan nye.. Semuanya indah sayang.. Terima kasih sayang.. Sekarang pun abang sedang berusaha menghafal juzu’2 yang lain…

Minah : Alhamdulillah ya Allah kau kurniakan aku suami yang soleh (sambil tangannya menadah doa) Abang, nape abang bagi ayang banyak sangat duit hantaran RM 20 ribu dengan kerete ALPHARD sebijik..? Kan ayang dah cakap kalau abang bagi 10 sen pun ayang terima..

Mamat : Sayang.. Anggap la tu hadiah daripada abang.. Berape sangat la nilai nye jika nak dibandingkan dengan nilai seorang isteri solehah macam ayang.. I LOVE U SAYANG UNTIL JANNAH..

Minah : I LOVE U TOOO ABANG.. UNTILLLL JANNATUL FIRDAUS.. AAMINNNNN




p/s : bercintalah kerana Allah SWT

TUTUPLAH AURATMU DENGAN SEMPURNA.

Assalamualaikum.


Akak-akak, mak cik- mak cik, kawan-kawan, TUTUP AURAT bukan sekadar PAKAI TUDUNG atau TUTUP KEPALA dan RAMBUT je tau. Pengertian aurat tu meliputi juga PAKAIAN yang kita pakai tau.



Bagaimana?




Pakaian TIDAK TERLALU KETAT, MENAMPAKKAN SUSUK TUBUH, JARANG dan juga NIPIS. Lagi satu, KAKI juga AURAT tau :') .Warna pula tidaklah terlalu TERANG sehingga menarik perhatian bukan ajnabi tau. Ini masuk dalam penerangan tabbaruj. Lagi satu, perhiasan yang kita pakai TIDAKLAH terlalu SARAT seperti gelang kaki, rantai leher, gelang tangan, cincin. 



Tapi. Kenapa orang cakap, nabi bagitahu wanita kan perhiasan dunia. Jadi kenalah berhias..



Akak! kawan-kawan! Dengar ni! ISLAM tak melarang umatnya BERHIAS namun perlu diingat tidak keterlaluan bahkan KECANTIKAN sebenar hanya untuk yang HALAL untuk kita yakni SUAMI. Apa guna cantik sehingga membiarkan mata-mata TIDAK HALAL menatap setiap inci tubuh kita?

Harap akak terima teguran adik ni. Tak salah tegur benda baik kan? Kita kan nak masuk SYURGA sama-sama ^^




Tutup aurat dgn sempurna WAJIB!!!setiap org yg muslim kerana itu adalah PERINTAH ALLAH.. ganjaranNya adlh Syurga..

Friday, 19 April 2013

LOVE AFTER NIKAH.

Assalamualaikum.
hari ni ada terbaca satu post kat facebook. post tu menarik sgt. post tu jugak membuatkn diriku ini menjadi sgt gatal. gatal apa? GATAL NAK KAHWIN! huahuahua. post tu berbunyi sebegini :


GELAGAT ORANG MUDA BARU KAWIN

Alkisahnya, aku ni ditakdirkanlah kahwin dengan sorang mamat nih. 

Entah dari mana la datangnya. 

Mak aku yang suruh, dia kata budak ni baik la, alim la pandai la. 

Lepas tu terus kami kahwin. 

Masa first time kahwin tu, memang kucar-kacir jugak la rumah tangga kami. 

Dan yang aku paling tak tahan tu dia memang selalu saja buat aku sakit hati.

Eiiiii… geramnya aku!!! 

Mana taknya, aku basuh baju dia sekali la dengan baju aku. 

Then lepas basuh nak dijadikan cerita, ada lah pulak baju dia yang turun warna melekat kat baju aku. 

Haihhh… memang sakit hati. 

Baju baru kot, mahal lagi!!! 

Then bila aku tanya dia, kenapalah tak bagitau aku yang baju dia ada yang turun warna. 

Dengan slumber dia kata.. ”Lah… awat tak tanya…” 

Eiii… geramnya aku!!! 

Selang beberapa hari, dia ada ajak aku pergi shopping.

Ok, fine. Aku ikut je la. Weekend la katakan. 

Lepas tu nak jadikan cerita, dia punyalah excited nak pergi shopping sampai aku kalih-kalih belakang.. dia hilang!!.. 

Aku cari gak dekat-dekat area situ kot2 ada tapi memang hampeh. 

Aku try call, tak angkat. Call lagi pun tak angkat. Huhh. Tension betul! 

Then, aku amik keputusan tunggu kat kereta je. 

Seminit… lepas tu dua minit… lepas tu…. SEJAM KOT!! 

Huhh. Memang sakit hati betul!! 

Then bila dia sampai dekat kereta, aku tanya, pergi mana? 

Kenapa call tak angkat??!! 

Yang aku tak tahan, dia dengan slumber jawab.. “Lah.. gi shopping la sayang… 

Owh, awak ada call ekk?? Alah, lupa nak bagi tau, terlupa bawa handset… hehe..

” Eiiii… geramnya aku!!!! 

Seminggu lepas tu dia kata teringin nak makan masak ayam berempah dengan masak lemak cili api. 

Ok fine. Aku masak je. 

Tapi memang la aku ni tak la pandai masak sangat tapi bolehlah kalau setakat nak makan kan. 

Aku hidang bagi dia makan. 

Masa first time dia suap kat mulut tu aku bajet dia nak kata apa-apa. 

Tapi dia diam. 

Memang tak kata apa-apa pun sampai dia habis makan.

Habis makan pun tak kata apa. 

Aku pun confius. 

Dia ni takde respons. Sedap ke tak?? 

Ehmmm.. kalau ikut aku la, aku rasa ok je lah. 

Tapi tak tau la orang yang makan nak kata apa.. 

Huhhh….. Esoknya, time aku on the way nak balik dari tempat kerja, kereta aku plak buat hal. 

Tak boleh start. Panik gak la aku time tu. 

Malam dah ni, nak masuk Isyak dah. Haihh… 

Time aku balik kerja lewat-lewat lah kereta nak buat hal. 

Then, aku call dia. 

Yang aku tak boleh tahan tu....

Dia dengan slumber kata.. “Lah awat la call saya… call la mekanik… ingat call saya kereta awak boleh jalan ke??….

” Eiii… geramnya aku!!! 

Tapi dia datang jugak lepas tu. 

Ada lah dia check apa entah kat depan but tuh. 

Dan lepas start terus boleh… 

Hmmm.. dalam hati aku kata, “Boleh la jugak mamat ni nak diharap. Mekanik kecil-kecilan, janji free”… 

Satu hari, dia ada bagitau yang dia kena pergi outstation kat overseas. 

Dia kata pergi sekejap je. 

2 MINGGU!! Hmm… aku memang no komen lah. 

Dia nak pi buat keja dia. 

Takkan nak kata tak boleh kot. 

Kerja arkitek biasalah. Busy la kot. 

Tapi memang agak sakit hati jugak lah. 

Boleh dia lesap macam tu je. 

Lepas-lepas naik flight, kot2 la dia nak call bagitau dah sampai ke, ada kat mana ke. 

Tapi memang hampeh!!. 

Langsung dia tak call!! 

Kot2 la nak bagi emel ke tapi memang tak de. 

Kosong inbox!!

Eiii… geramnya aku!!! 

Pagi tu aku basuh baju. 

Ok sekarang aku dah tau dah baju mana yang turun warna. 

Aku ambik satu persatu dalam bakul nak basuh. 

Sampai la aku jumpa bungkusan misteri dekat bahagian bawah baju-baju tu.

Jeng Jeng Jeng.......

Huishh siap dengan surat lagi. 

Suratnya berbunyi begini: 

Kehadapan isteriku yang tersayang...

Semoga berada dalam keadaan yang sihat sentiasa. 

Jangan marah-marah ek.. hehe.. 

Saya bukannya apa, saja tulih surat nih.. 

Bosan… Tak tau nak buat apa… hihi 

Pertama sekali saya nak bagi tau lah. 

Mungkin awak tak kenal saya tapi saya kenal je awak. 

Sejak awak darjah 6 lagi kot!! Haha.. 

Eh...awak tak ingat ke anak Pak Mail kawan ayah awak yang datang beraya kat umah awak time tuh??!! 

Masa tu saya nampak awak duk main masak-masak kat belakang umah… hahaha… 

Memang lucu sangat. Saya nampak awak macam ‘anak patung’. 

Comel sangat… Iskk.. 

Awak ni.. tak perasan ke?? 

Keduanya, sorry la pasal hal shopping tuh. 

Memang saja je saya tak mau bawa handset time tuh… hihi.. 

Takut terkantoi. 

Ye la saya pi cari baju awak kot!! 

Ingat baju yang awak kata terkena warna tuh?? 

Huh… memang tension. 

Susah betul nak cari. 

Memang patut la mahal dan memang patut la awak bengang satu hari… hihi… 

Ketiganya, pasal ayam berempah dengan masak cili api yang awak masak… hmm… 

Mesti awak bengang kan sebab saya takde respons… huhu… 

Sebab SEDAPPPP SAAANGAT sampai saya jadi tak terkata. 

Eh, saya makan dalam masa 5 minit je kot. 

Ikut jam dinding kat rumah kita. 

Iskk..awak ni.. tak perasan ke?? 

Keempatnya time keta awak rosak… hmm. 

Awak tau tak saya CANCELLLL appointment saya dengan klien penting dari overseas sebab nak pergi kat awak??!! 

Lepas-lepas tu jenuh saya nak pujuk diorang balik. 

Tau tak saya langgar semua traffic light merah!! 

Baju saya basah dengan peluh masa saya sampai kat awak?? 

Iskk..awak ni.. tak perasan ke?? 

Tapi lepas saya tahu saya kena pergi outstation kt overseas. 

Saya lagi seronok. 

Happy gile sebab saya tau awak mesti rinduuu kat saya kan..kan2?? 

Saya memang saja je tak call awak…hihi… 

Tapi saya ok je. 

Saya rasa saya dah sampai dah kot lepas awak baca surat nih… 

“Wow, look at the Eiffel Tower!! Fuyoo!!! Cantik kot!! “ 

Hahahahahaaaaaaaa..jangan jeles..(^-^) 

Last but not least. 

Awak… awak jangan nakal-nakal ekk…sebab saya saaaaayang awak… 

p/s: Try tengok sama tak dengan baju awak yang rosak hari tu “bungkusan” ni… hihi 

Love, 

Suamimu.......



*see~ menarik x? JODOH ITU RAHSIA ALLAH.  so jgn gatal2 nk bercouple. gatal2 kn lah diri anda utk berkahwin.